Tuesday, August 30, 2011

Hari Raya Aidilfitri..

57th..
PERHATIAN! ANDA AKAN MEMBACA SATU 'ENTRY' YANG PALING BOSAN..




Tepat pukul 2pagi 30ogos, kami sekeluarga mula gerak pergi ke perak..

Tiba di perak pada tepat pukul 5pagi..
Dikampung yang sunyi ditinggalkan kosong tanpa penghuni selama setahun.. Perkara yang sama berlaku pada tahun lepas.. Keluarga aku yang akan menjadi pembuka, pengemas dan segala galanya..Boleh dianggap sebagai rumah tumpanganlah juga..
Keadaan dalam rumah masih sama dengan keadaan yang kami tinggalkan pada tahun lepas..

Pada tahun ini, entah siapa yang akan balik ke sini..

5.37am
Takbir raya mula dilaungkan, dan kami masih lagi mengemas rumah.. Semua ada tugas masing2..

6.45am
Kami sekeluarga masing2 merebahkan diri..Letih.. Dan aku hanya duduk dibangku usang menulis blog ini..
Entah bila akan aku post.. Adoih..

7.15am
Aku hanya terdampar dilantai rumah kosong ini.. Begitu juga dengan ahli keluarga aku yang lain.. Apa yang akan berlaku selepas ini.. Entah lah.. Hanya menanti waktu untuk menunaikan sembahyang raya..


8.40am
Tiba di masjid dengan kemerah-merahan yang menyala..
Dan budak yang lebih kurang sebaya dengan aku duduk di hadapan aku..apa yang menarik tentang budak tersebut? Dia pakai baju 100% sama dengan aku..
Ok..awkward taip entry dalam masjid.. 360 darjah orang pandang..

9.11am
Dengar khutbah solat sunat aidilfitri membuatkan aku tersentap-sentap selepas mencodongkan badan mengalahkan MJ.. Sumpah mengantok.. =.=


12.10pm..
Rumah ke3 aku beraya harinie.. Apa yang boleh aku komen? Bosan, panas, dahaga,.. Arrgghh..aku nak tangkap gambar.! Adoih..

1.16pm..
Sumpah letih dan kami 3 beradik tertidur dalam kereta semasa dalam perjalanan beraya rumah maklong..

Berjumpa dengan sepupu aku yang ada gajet2 yang same ngan aku.. Arggh!
Dan Tv LED putih dia berjaya mencemburukan aku.. Memberi aku semangat kecil untuk belajar bersungguh-sungguh.. Arggh.. Sunggu klise..


2 .05 pm. .
Aku masih lagi dekat rumah maklong aku. . Tengah layan
kecuh betol dekat tv LED putih dorang.. Memang cemburu,
tapi layan cerita ini memang lawak
habis untuk 10 minit yang terawal la. .

3 .40 pm. ..
Aku masih lagi terbaring depan tv LED putih maklong aku. .
Masih juga menonton cerita yang sama. . Tidak cukup
perkataan yang aku boleh perkatakan untuk mengambarkan
kebosanan hari raya aku..

6 .20 pm. ..
Sedar tak sedar aku sebenarnya tertidur dengan
nyenyaknyer. . Aku dikejutkan kerana keluarga aku sudah
mahu berangkat pulang .. Terlihat handphone aku dengan
beberapa msj yang menanti aku balas. . Hurmmm ...


7 .19 pm. ..
Sampai dikampung aku dan melihat beberapa ahli keluarga
aku yang lain telah pulang .. Terasa bahang kemeriahannya
sedikit.. Haha..

8 .08 pm. .
Keadaan dah menjadi semakin janggal untuk aku menulis
entry ini.. Kenapa? Sebab aku tulis entry ini menggunakan
Galaxy , BlackbBerry dan juga N95 yang silih berganti ..

8 .30 pm. ..
Ok serius aku rasa macam baru raya , sebab baru sekarang
aku dengar perang mercun. . Hahaha. . Terlambat betol..
Bile sedara dah balik ni rasa awkward pulak. . Yola, aku rasa
sepupu aku semua perempuan. . Nak sembang pon , tak tau
nak sembang apa.. Tak ada siapa pulak yang msj aku
sekarang nie.. Memang bosan tahap gaban ar .. Kalau ada
orang msj pon, aku bukan boleh balas pon .. Tak ada
kredit ..xP

8 .44 pm. .
Lokasi ;; rumah nenek tiri..
Hahaha. . Aku' leklu' je tekan BB kat sini. . Sumpah aku
macam riak.. Hahaha. . Apa yang best kat sini? Dengan
bangganya aku duduk sorang -sorang dengan cara yang
janggal..
Tahniah Nazri !
Ok.. Apa lagi yang best kat sini ? Entah lah.. Dalam otak aku
sekarang nie "bila lah nak balik nie!" Padahal
10 minit pon tak sampai lagi duduk dekat situ.. Adoih..

9 .15 pm. .
Kan tadi aku cakap tak ada siapa msj aku, secara rawaknya,
3 no yang tidak dikenali msj aku. . Maaf la ye.. Aku tak boleh
balas sebab aku tidak ada kredit. . Hahaha. .

9 .30 pm. .
Alhamdulillah.. Akhirnya balik juga.. Hahahaha.. Aku dah
taip banyak dah pakai BB nie.. Tapi still rasa tak syok untuk
berchating. . Adoih.. Tapi bile aku test touch keyboard (main
bagi nama je xP) best gak la. . Tapi tak sensitif sangat untuk
tulis laju. . Haha.. Dalam otak aku, aku tengah bandingkan
touch keyboard iphone ngan gaLaxy. . Hahaha.. Adoih. .
Sambung nanti.. Chow. .!

11.24pm...
Ok..Lagi beberapa minit akan habis la hari raya pertama.. Ok! Kalender islam memang dah tamat dah lepak maghrib tadi.. Tapi aku cakap sekarang mengenai kalende masihi.. Sekian terima kasih..

Kesimpulan hari ini..
Aku bersyukur pada apa yang telah berlaku pada hari ini.. TAKDIR semuanya random.. Dan kenapa aku tulis entry ini? Pada mulanya aku nak cuba menulis dalam Bahasa Melayu Tinggi.. Ini sahaja lah yang aku boleh buat untuk memberi latihan kepada diri aku sebagai persediaan menjelang Percubaan SPM pada minggu depan.. Hahaha.. Alasan taknak bawak buku latihan.. ADOIH..
Kedua, aku nak share hari raya pertama aku kat sesiapa sahaja yang baca blog aku yang bosan ini.. Aku tahu, sejak malam raya lagi aku dapat rasakan yang raya aku tahun nie akan menjadi raya yang terbosan.. Bila korang baca entry aku ini, korang akan lebih bersyukur dengan hidup korang.. InsyaAllah..
Ketiga.. Aku nak cuba tulis entry instantly.. Aku tahu ingatan aku tak akan kekal lame.. Aku tak akan ingat ape yang berlaku pada hari2 yang aku jalani.. Jadi, aku nak terus tulis apa yang berlaku pada aku.. Boleh menjiwai watak siket.. Adoih.. Hahaha..

Ok lah.. Dah nak dekat pukul 12.. Maka hari raya kedua akan menjelang.. Aku harap esok aku boleh buat lagi bende alah nie.. Best kut.. Tambah2 taip pakai handphone.. Serius cool.. xD

Selamat Hari Raya semua.. Dan MERDEKA!!
Assalammualaikum.. Maaf klau aku buat kau bosan baca blog aku yang selekeh nie.. Maaf zahir dan batin..

Saturday, August 13, 2011

yeah! aku boleh bace :D

jadi aku salah satu daripada 55 orang :D



chearie's


credit ; tumblr.com

Popular Posts

Search This Blog