Sunday, June 19, 2011

Riadah.......

52th...




ok.. hari ini aku tak main sangat disebabkan aku datang lambat..
plus aku pakai selipar jer... -.-
jadi aku decide nak buat movie je hari ini mengunakan new born baby aku berduet dengan
lens sir shariman iaitu 35mm 1.8G..

enjoy.. make sure u guys watch in HD.. [klik sini]
baru cool..:D
51th...

Photobucket



Friday, June 17, 2011

Dunia Digital dan Dunia Realiti...

50th..

Dunia digital adalah dimana terdapat dimensi yang di penuhi dengan data-data yang berjuta-juta digit dan bahagian.. Secara mudahnya, ia adalah dunia komputer.. Zaman sekarang, siapa yang tidak mempunyai memory di dunia digital.. bukan? Contohnya, gambar2 lama, video2 dan juga lagu yang mungkin dari zaman batu lagi.. hahaha..

Apa yang aku nak cuba sampaikan disini, dunia realiti dan digital bagai kian memerlukan antara satu sama yang lain.. Kalau aku, aku pasti tak boleh hidup kalau Hard Disc aku hilang.. Kerana semua hidup aku terdapat dalam Hard Disc tue.. Sesuatu harta peribadi yang sangat berharga milik aku..

Sebenarnya aku tulis post ini sebab aku nak ceritakan serba sedikit tentang exHDD atau external Hard Disc Drive.. Bende alah ini baru aku sedar tersangat-lah penting semenjak aku mula terlibat dalam bidang photography dan pc aku dahulu kerap di format..

exHDD adalah HDD yang sama terdapat dalam pc atau laptop.. cuma ia berada diluar.. Interface yang selalu digunakan adalah USB 2.0.. tetapi sekarang terdapat interface yang lebih laju iaitu USB 3.0 dan juga eSATA.. capacity exHDD kian meningkat dan harga-nya makin murah..

Disini aku boleh kaitkan antara digital dan realiti.. Apabila nilai wang makin tinggi maka kos sara hidup juga turut meningkat.. Begitu juga digital, harga HDD ber-kapasiti besar kian murah, tetapi saiz memory digital sekarang makin besar.. Contohnya, dengan kehadiran video HD, ia memakan saiz yang banyak..

hurmmm... aku sanggup bunuh diri kalau exHDD aku hilang..:P
maaf sebab post kali nie panjang.. aku tahu tak akan ada sesiapa yang akan bace post nie, sebab panjang sangat.. aku tulis post nie sementara nak menunggu file ber saiz 360GB habis transfer.. tambah lagi, aku tengah mencuba untuk menulis post dengan menggunakan BMT.. apa tue? Bontot Melayu Terakhir? LioL.. :P

hahaha..

BMT = Bahasa Melayu Tinggi.. :D

sekian.. Assalammualaikum.. Jage Diri semua... :{D

Tuesday, June 14, 2011

Mohd Nazri

49th....

hmm.... aku mulakan dengan Assalammualaikum kepada pembaca yang beragama Islam..
dan salam sejahtera kepada yang bukan beragama Islam..

aku tak ada benda yang nak di ceritakan hari ini. Cuma aku nak menulis.. Dan sudah pasti aku tidak tahu apa yang patut aku tulis.. Mungkin selepas membaca blog milik Shah , Adlan dan Zahirah yang cukup berbakat dalam bidang penulisan membuatkan aku bersemangat untuk menaip blog pada malam ini..:D

Hidup?

Alhamdulillah.. aku rasa aku bahagia sekarang.. Masalah semakin berkurang.. atau mungkin aku yang pandai mengendalikan masalah itu.. entah la..

Pelajaran?

apa patut aku cakap ? hahaha... keputusan peperiksaan pertengahan tahun yang teruk.. mungkin aku patut ucapkan tahniah kepada diri sendiri kerana telah berjaya menunjukkan kebodohan diri yang telah lama terpendam.. sehingga mendapat amaran jangan pegang camera mulai hari ini oleh Teacher Shantini.. :D tahniah Nazri, tahniah!


ok.. aku bukan malas nak update.. cuma aku malas nak edit.. plus.. space dekat pc aku semakin berkurangan.. nak pergi Lowyat tak pergi2 lagi... haish..
lagi pon tidak ada siapa pon yang perasan... atau mungkin tidak ada seorang pon yang betul2 menunggu aku update 365 tue.. hahaha... (ok maybe seorang.. mana lah tahu.. aku gak jer.. :P )



ok.. aku mungkin tidak dilahirkan untuk pandai berbicara mahupun menulis..
tapi.. sekurang-kurangnya aku mampu mengeluarkan apa yang aku rasa dalam bentuk tulisan..
haha.. ok.. tak penting.. :D

Popular Posts

Search This Blog