Tuesday, December 20, 2011

Rindu Dekat Sekolah..

66th...

ok... post ini pendek jer.. tak ada apa sangat pon nak diceritakan.. :D

Betol ke aku rindu akan sekolah? Atau bende yang aku buat dekat sekolah.. hahaha... Entah lah... Tetapi yang pasti aku betul2 rindu nak usha budak perempuan depan kelas aku, sembang dengan shah, cite masalah dekat Zahirah, berkelah ramai2 depan kelas waktu rehat yang pada mula nya hanya tiga orang sahaja (shah,zahirah dan aku.. :P )...

Aku cuba untuk menyelitkan beberapa gambar kedalam post ini, tetapi kerana sikap malas dan angkuh aku yang tinggi, aku tak letak.. :P

Bila difikirkan sejenak, memang banyak benda yang aku menyesal tak buat.. Nak je aku list kan, tetapi aku malas.. :P hahaha... Apa nak buat, benda sudah berlalu.. Yang penting aku tak pernah menyesal sampai tahap 'gilba' tentang apa yang aku sudah lakukan dan lalui.. Seronok kut.. Betul la orang kata Senior Year memang menyeronokkan.. :D

NoTa Galaxy ;; Hargai masa, hargai orang lain, hargai guru dan hargai diri anda sendiri..

Nota Galaxy S2 ;; aku bukan lah penulis blog yang baik, mahupun badut yang mampu mengeletek hati korang.. so buang current je bace post aku ni..xP

Monday, December 19, 2011

Internet terbaik untuk dilanggan sekarang..

65th....

Bismillah Hirrahman.. :D..
Assalamualaikum...

ok.. aku nak tulis post ringkas je nie..

kalau korang tertnye tanye perkhidmatan internet apa yang terbaik untuk dilanggan sekarang, korang berada dipost yang betol.. :P

untuk pengguna berat macam aku - maksudnya, korang banyak download, korang mementingkan speed, dan korang mementingkan kuata yang besar.. korang boleh langgan package nie-
unifi - aku tengah guna sekarang, dan memang memuaskan..:D
dan P1 wimax - aku guna p1 sebelum unifi.. dan memang memuaskan.. :)

cuma masalah package nie, korang akan boleh online dirumah sahajalah... :P

untuk pengguna 'explore', travel, light ..
so broadband is the right package for you..
plus lagi murah berbanding yang atas tu.. :D
kalau nak tahu package broadband, tengok post sebelum ini.. :P

-----------------------------
nanti aku sambung lagi...
kalau ada sebarang masalah, tanya la aku dekat komen bawah nie... :D

Assalamualaikum.. :D
I Love My Malaysia...!

Telefon Pintar a.k.a SmartPhone

64th..

Ok... aku mula kan dengan Bismillah Hirrahman.. :D..

Sebenarnya aku baru lepas tulis post pasal Broadband.. Tetapi aku putuskan untuk tidak post nya sekarang.. mungkin lepas ini... hahaha...
sebab apa? sebab aku dah merepek jauh sangat dekat entry tu.. :P

aku bukan nak cerita pasal smrtphone, sebab semua orang tahu smartphone tue apa..
aku cuma nak nasihatkan dan beri sedikit fahaman tentang plan atau package internet yang ditawarkan untuk smartphone korang..

1st - bagi pengguna menggunakan smartphone, untuk online sahaja.. ( macam aku )
maksudnya korang tak call@sms menggunakan smartphone korang la.. just update twitter, facebook, whatsapp, Gtalk, Skype dan lain-lain..
korang boleh langgan package broadband dan bukannya Mobile Internet..
contoh perkhidmatan
-http://www.u.com.my/u-broadband/plans -paling laju antara semua nie..42mbps uuuuu...
kenapa package broandband dan bukannya Mobile Internet ?
sebab package broadband lebih murah dan tidak dikenakan bayaran kalau terlebih limit..
aku ambil maxis sebagai contoh..

aku ambil kuata 3GB..
kalau aku langgan broadband maxis 3GB = Rm68 (klik)
manakala kalau Mobile Internet Maxis 3GB = RM88 (klik)... ini taktermasuk kalau korang pakai terlebih limit..
jadi jelas package broadband lebih baik..

2nd- korang guna Smartphone untuk online, call, sms dan sebagainya..
jadi yang ini, korang terpakse la menggunakan package Mobile Internet...
ok dekat sini ada dua bahagian dititikberat.. ( ceyhhh.. )
postpaid (bill) dan prepaid (topup)
package yang ditawarkan HAMPIR sama... so kalau korang paham betol2, korang akan untung la...kalau tak, mungkin perkara sebaliknya akan berlaku.. :P

aku mulakan dengan MAXIS...

Digi

Celcom
Celcom prepaid ( aku tak jumpa plan yang ditawarkan.. maaf.. -.-' )

Umobile

jadi, nasihat aku, kaji la semua plan yang ditawarkan, baru pilih... :D

semua yang aku cakap nie berfungsi dekat semua smartphone dekat dunia ini, kecuali Blackberry dan Iphone..
kenapa?

iphone sebab sim card yang iphone gunakan adalah micro sim card..
semua broadband dan smartphone menggunakan standard sim card, kecuali iphone..
jadi korang kne langgan package Mobile Internet kalau korang beli iphone tu dekat kedai biasa..
maksudnya tanpa contract...
kalau contract, korang dengan package yang ditawarkan la.. kalau lebih limit, tiada charge cuma speed akan di reduce la...

Blackberry..blackberry adalah smartphone yang paling aku tak suka.. kenapa? sebab die hanya akan boleh online jika kita langgan package BlackBerry Internet Service (BIS)..
aku dah cuba masukkan sim card broadband, dan ia memang tak boleh online...
terukkan? -.-
so korang memang kene langgan package BIS yang ditawarkan dulu, baru boleh online..
kecuali korang menggunakan wifi.. :P
jadi tengok la betol2 sama ada Maxis,Celcom,Digi mahupun UMobile.. plan yang ditawarkan...
bandingkan juga postpaid dan prepaid dorang.. bagi aku banyak bezenya ..

aku rasa aku sudah melalut jauh sangat nie.. -.-
aku harap korang paham dan aku berjaya bantu korang siket..:P
kalau ada sebarang masalah, tanya la aku dekat komen bawah nie... :D

Assalamualaikum.. :D
I Love My Malaysia...!

Friday, December 16, 2011

63...

"Kritikan hanya menjatuhkan maruah, membentuk perasaan benci dan melukai hati orang lain".. - Diari Mat Despatch, Lelaki Baik....

Thursday, November 3, 2011

Sembahyang..

61th....

ok.. lagi 5 hari untuk mengulang kaji dan lagi 6 hari SPM akan bermula..
sebagai umat islam, kite perlulah memperbanyak amalan kita..
sempurnakan 5 waktu.. dan sembahyang2 sunat..
nescaya, Allah akan permudahkan ujian kita terutama masa SPM nnt..


Aku nak tulis blog hari ni bukan nak cerita pasal bende klise..
aku nak cerita pasal kewajiban kita mengajak orang sembahyang..
aku sedar sangat, aku nie bukannya alim mana pon nak cakap pasal
benda nie..

aku tulis bende ni sebab aku selalu menghadapi masalah ni..
masalah nya sekarang, macam mana nak ajak orang tanpa membuatkan
dia fikir negatif..

contoh ayat aku selalu tanya..
"kau dah sembahyang belom?"
dalam otak dia mesti, "ciss! kau ingat kau tu alim sangat ke nak ingat kan aku?"
atau pon, "ciss! aku tahu la nak sembahyang, tak yah nak ingatkan aku pon xpe.."
atau mungkin, "ciss! kau ingat aku nie jenis yang tak sembahyang ke ape?!"

semua ni mengundang buruk sangka je..( bagi aku la )
padahal tujuan aku simple je, dah menjadi kewajiban aku untuk mengajak..
tapi.. bila fikir balik, mungkin cara aku salah..
haha..

mungkin aku patut cuba cakap macam nie,
"aku nak pergi sembahyang, nak ikut?"
atau, "aku nak pergi sembahyang ni, kau dah ke belom? klau blom jom lah sekali.:D "
(jngn lupe letak smiley :P )
hahaha.. aku cakap nie dua-dua boleh.. msj boleh, perbualan pon boleh..

kalau aku, bila oarang msj mcm ni,
"k la, nak sembahyang jap..bye.."
aku akan paham sendiri, "owh, aku tak lagi..."
so pergi la tunai kan.. hahaha...

aku tulis entry nie bukan nak cakap atau berlagak yang aku complete 5 waktu pon..
aku sentiasa tinggal subuh kut..
alasan? sebab aku tak hafal doa qunut.. *serius malu*..
adoih...

memang la orang akan fikir lain, aku pon kadang-kadang
terfikir negatif 5saat bila orang ajak aku sembahyang..
terutama bila aku tengah sembang dengan perempuan..
malu la, mesti si perempuan tu ingat aku nie pergi smbhyg sbb si nyotnyot ni ajak, bukan sbb aku nak buat..
klau aku nak ajak orang, dan orang tu tengah khusyuk bersembang, aku akan bisik dekat die..
*adoih.. mcm bangge la pulak*
*istighfar... istighfar*

bende nie kewajiban kita la nak ajak orang..
klau bukan kita, siapa lagi...

Assalammualaikum...

p/s ;; aku harap tidak ada siapa yg terasa hati dengan entry nie...klau ade , aku mintak maaf sangat2.. tak ada niat langsung...

p/s ;; aku rasa aku tak patut berlagak mcm aku alim, padahal tak pon..

Sunday, October 23, 2011

Masalah umpama Cendawan..

60th..

aku memang tak pandai nak handle masalah... lepas satu, satu lagi masalah datang..
macam cendawan, lepas hujan je, mula la tumbuh..

aku rasa aku dah makin malu dengan Shah dan zahirah.. yela.. aku tak habis2
cerita masalah aku dekat dorang.. dah la masalah same je (mostly la).......
tapi serius lah, orang2 macam shah dan zahirah nie la yang banyak membantu
orang2 macam aku.. dorang nie jugak la yang menjadi bukti bahawa pengawas
PRS sentiasa bertugas..bertugas secara tidak langsung..secara mendalam..

walaupon dorang selalu bantu orang lain dengan nasihat2 dorang, dorang
pon ada masalah.. dan aku harap aku dapat membantu dorang, paling kurang
menjadi pendengar yang setia..

bukan ini yang aku nak ceritakan pada mulanya..
cerita mengenai kawan2 rapat aku.. aku tak tahu kenapa keadaan kami semakin
rumit.. kami mempunyai masalah masing-masing yang berbeza..
ia muncul pada satu masa yang sama...
tapi aku tak kesah.. sebab secara tidak langsung ia merapatkan lagi hubungan kami semua..
kerana kami sebenarnya saling bergantung antara satu sama lain..

Detik terakhir disekolah

59th..

tinggal berapa hari sahaja lagi aku akan menduduki peperiksaan yang dikhabar angin sebagai 'penentu masa hadapan'.. mungkin betul.. siapa yang tahu.. kan?

hanya tinggal 21 hari saja lagi untuk spm..
dan selama 15 hari akan duduk didalam dewan penuh dengan kedebaran..

huh.. aku tak penah rasa pon aku akan buat spm aku dengan elok..
entah la... memang ditakdirkan aku tak akan berjaye kut..
hahaha...

hmm.. aku harap aku akan berubah sebelum esok...

Assalammualaikum..

Tuesday, August 30, 2011

Hari Raya Aidilfitri..

57th..
PERHATIAN! ANDA AKAN MEMBACA SATU 'ENTRY' YANG PALING BOSAN..




Tepat pukul 2pagi 30ogos, kami sekeluarga mula gerak pergi ke perak..

Tiba di perak pada tepat pukul 5pagi..
Dikampung yang sunyi ditinggalkan kosong tanpa penghuni selama setahun.. Perkara yang sama berlaku pada tahun lepas.. Keluarga aku yang akan menjadi pembuka, pengemas dan segala galanya..Boleh dianggap sebagai rumah tumpanganlah juga..
Keadaan dalam rumah masih sama dengan keadaan yang kami tinggalkan pada tahun lepas..

Pada tahun ini, entah siapa yang akan balik ke sini..

5.37am
Takbir raya mula dilaungkan, dan kami masih lagi mengemas rumah.. Semua ada tugas masing2..

6.45am
Kami sekeluarga masing2 merebahkan diri..Letih.. Dan aku hanya duduk dibangku usang menulis blog ini..
Entah bila akan aku post.. Adoih..

7.15am
Aku hanya terdampar dilantai rumah kosong ini.. Begitu juga dengan ahli keluarga aku yang lain.. Apa yang akan berlaku selepas ini.. Entah lah.. Hanya menanti waktu untuk menunaikan sembahyang raya..


8.40am
Tiba di masjid dengan kemerah-merahan yang menyala..
Dan budak yang lebih kurang sebaya dengan aku duduk di hadapan aku..apa yang menarik tentang budak tersebut? Dia pakai baju 100% sama dengan aku..
Ok..awkward taip entry dalam masjid.. 360 darjah orang pandang..

9.11am
Dengar khutbah solat sunat aidilfitri membuatkan aku tersentap-sentap selepas mencodongkan badan mengalahkan MJ.. Sumpah mengantok.. =.=


12.10pm..
Rumah ke3 aku beraya harinie.. Apa yang boleh aku komen? Bosan, panas, dahaga,.. Arrgghh..aku nak tangkap gambar.! Adoih..

1.16pm..
Sumpah letih dan kami 3 beradik tertidur dalam kereta semasa dalam perjalanan beraya rumah maklong..

Berjumpa dengan sepupu aku yang ada gajet2 yang same ngan aku.. Arggh!
Dan Tv LED putih dia berjaya mencemburukan aku.. Memberi aku semangat kecil untuk belajar bersungguh-sungguh.. Arggh.. Sunggu klise..


2 .05 pm. .
Aku masih lagi dekat rumah maklong aku. . Tengah layan
kecuh betol dekat tv LED putih dorang.. Memang cemburu,
tapi layan cerita ini memang lawak
habis untuk 10 minit yang terawal la. .

3 .40 pm. ..
Aku masih lagi terbaring depan tv LED putih maklong aku. .
Masih juga menonton cerita yang sama. . Tidak cukup
perkataan yang aku boleh perkatakan untuk mengambarkan
kebosanan hari raya aku..

6 .20 pm. ..
Sedar tak sedar aku sebenarnya tertidur dengan
nyenyaknyer. . Aku dikejutkan kerana keluarga aku sudah
mahu berangkat pulang .. Terlihat handphone aku dengan
beberapa msj yang menanti aku balas. . Hurmmm ...


7 .19 pm. ..
Sampai dikampung aku dan melihat beberapa ahli keluarga
aku yang lain telah pulang .. Terasa bahang kemeriahannya
sedikit.. Haha..

8 .08 pm. .
Keadaan dah menjadi semakin janggal untuk aku menulis
entry ini.. Kenapa? Sebab aku tulis entry ini menggunakan
Galaxy , BlackbBerry dan juga N95 yang silih berganti ..

8 .30 pm. ..
Ok serius aku rasa macam baru raya , sebab baru sekarang
aku dengar perang mercun. . Hahaha. . Terlambat betol..
Bile sedara dah balik ni rasa awkward pulak. . Yola, aku rasa
sepupu aku semua perempuan. . Nak sembang pon , tak tau
nak sembang apa.. Tak ada siapa pulak yang msj aku
sekarang nie.. Memang bosan tahap gaban ar .. Kalau ada
orang msj pon, aku bukan boleh balas pon .. Tak ada
kredit ..xP

8 .44 pm. .
Lokasi ;; rumah nenek tiri..
Hahaha. . Aku' leklu' je tekan BB kat sini. . Sumpah aku
macam riak.. Hahaha. . Apa yang best kat sini? Dengan
bangganya aku duduk sorang -sorang dengan cara yang
janggal..
Tahniah Nazri !
Ok.. Apa lagi yang best kat sini ? Entah lah.. Dalam otak aku
sekarang nie "bila lah nak balik nie!" Padahal
10 minit pon tak sampai lagi duduk dekat situ.. Adoih..

9 .15 pm. .
Kan tadi aku cakap tak ada siapa msj aku, secara rawaknya,
3 no yang tidak dikenali msj aku. . Maaf la ye.. Aku tak boleh
balas sebab aku tidak ada kredit. . Hahaha. .

9 .30 pm. .
Alhamdulillah.. Akhirnya balik juga.. Hahahaha.. Aku dah
taip banyak dah pakai BB nie.. Tapi still rasa tak syok untuk
berchating. . Adoih.. Tapi bile aku test touch keyboard (main
bagi nama je xP) best gak la. . Tapi tak sensitif sangat untuk
tulis laju. . Haha.. Dalam otak aku, aku tengah bandingkan
touch keyboard iphone ngan gaLaxy. . Hahaha.. Adoih. .
Sambung nanti.. Chow. .!

11.24pm...
Ok..Lagi beberapa minit akan habis la hari raya pertama.. Ok! Kalender islam memang dah tamat dah lepak maghrib tadi.. Tapi aku cakap sekarang mengenai kalende masihi.. Sekian terima kasih..

Kesimpulan hari ini..
Aku bersyukur pada apa yang telah berlaku pada hari ini.. TAKDIR semuanya random.. Dan kenapa aku tulis entry ini? Pada mulanya aku nak cuba menulis dalam Bahasa Melayu Tinggi.. Ini sahaja lah yang aku boleh buat untuk memberi latihan kepada diri aku sebagai persediaan menjelang Percubaan SPM pada minggu depan.. Hahaha.. Alasan taknak bawak buku latihan.. ADOIH..
Kedua, aku nak share hari raya pertama aku kat sesiapa sahaja yang baca blog aku yang bosan ini.. Aku tahu, sejak malam raya lagi aku dapat rasakan yang raya aku tahun nie akan menjadi raya yang terbosan.. Bila korang baca entry aku ini, korang akan lebih bersyukur dengan hidup korang.. InsyaAllah..
Ketiga.. Aku nak cuba tulis entry instantly.. Aku tahu ingatan aku tak akan kekal lame.. Aku tak akan ingat ape yang berlaku pada hari2 yang aku jalani.. Jadi, aku nak terus tulis apa yang berlaku pada aku.. Boleh menjiwai watak siket.. Adoih.. Hahaha..

Ok lah.. Dah nak dekat pukul 12.. Maka hari raya kedua akan menjelang.. Aku harap esok aku boleh buat lagi bende alah nie.. Best kut.. Tambah2 taip pakai handphone.. Serius cool.. xD

Selamat Hari Raya semua.. Dan MERDEKA!!
Assalammualaikum.. Maaf klau aku buat kau bosan baca blog aku yang selekeh nie.. Maaf zahir dan batin..

Saturday, August 13, 2011

yeah! aku boleh bace :D

jadi aku salah satu daripada 55 orang :D



chearie's


credit ; tumblr.com

Saturday, July 30, 2011

PixSoul Exhibition 2011

54th .. :D

yeah! pada 28 julai 2011 yang lepas, kelab PixSoul yang diketuai oleh aku ( :P ) dan Sir Shariman telah pon mengadakan exhibition atau pameran kelab kami buat pertama kali selepas kelab ini ditubuhkan..

dan ini juga adalah exhibition aku yang kedua.. kelab PixSoul ini tertubuh mungkin disebabkan exhibition 'tak rasmi' kami tahun lepas yang agak berjaya..:P a million thnx to sir Shariman kerana telah banyak berkorban untuk kelab PixSoul dan exhibition pada tahun ini.. kalau nak dikira duit sir yang terbakar, memang kitorang xmampu nak bayarnyer..

terima kasih terima kasih terima kasih...

( kalau saya dah kaya nnt, saya belanja sir 1 lens, ok.. :D )


©heArie Punyer :D



tahun ini, Alhamdulillah banyak bahan berbanding tahun lepas dan sambutannya juga memberangsangkan...:D

©heArie Punyer :D

©heArie Punyer :D


dan bahan exhibition aku..

©heArie Punyer :D

jujur la, aku agak kecewa dengan bahan aku.. hahaha... yelakan, buat last minit, mana nak puas hati..:P

tak dilupa, terima kasih juga kepada
Shah nadhir
Wan nursyahirah
Ashie
masliza
Nik
kerana telah menyumbangkan hasil dan bahan seni korang untuk di pamerkan.. :D

papepon, aku nak ucap ribuan terima kasih kepada sesiapa yang singgah di pondok sivik pada khamis lepas dan juga kepada 'supporter' chearie... :D

©heArie Punyer :D

©heArie Punyer :D

©heArie Punyer :D

©heArie Punyer :D

©heArie Punyer :D

©heArie Punyer :D

©heArie Punyer :D

©heArie Punyer :D

©heArie Punyer :D

©heArie Punyer :D

* jangan bagitau orang berapa aku bayar korang :P *


dan terima kasih juga kepada ahli kelab Pixsoul sendiri yang sanggup ponteng kelas dan ponteng puasa untuk menjayakan exhibition ini.. :D

©heArie Punyer :D

©heArie Punyer :D

hana tajima pon sudi datang tau! haish...
kecewa betol kawan aku ramai tak datang...:P
hahaha...

Saturday, July 2, 2011

Planking time..:D

53th..

pada khamis, 30 june 2011 yang lepas adalah hari koperasi di sekolah aku..
aku dengan shah, masing-masing membuka gerai kami sendiri..
ya.. memang sejak dari tingkatan dua lagi kami membuka gerai bersama, tetapi tahu ini aku sebagai president kelab, kenalah bertanggungjawab terhadap gerai kami sendiri..:D

ok.. bukan ini yang aku nak ceritakan...
aku nak ceritakan fasal aktiviti yang aku dan shah lakukan..
disebabkan ini tahun terakhir kami, jadi kami bercadang untuk melakukan sesuatu yang lain dari biasa..
iaitu 'planking'..
aku kenal dengan planking ini selepas tertengok satu video di youtube...
kalau korang nak tahu apa itu planking ini tengok la dekat sini..[klik]
mungkin ia dapat membantu anda..

apa-apa pun... harap terhibur.. :P

..
©heArie Punyer :D
©heArie Punyer :D
©heArie Punyer :D
©heArie Punyer :D
©heArie Punyer :D
©heArie Punyer :D
©heArie Punyer :D
©heArie Punyer :D
©heArie Punyer :D
©heArie Punyer :D
©heArie Punyer :D
©heArie Punyer :D
©heArie Punyer :D
©heArie Punyer :D
©heArie Punyer :D
©heArie Punyer :D
©heArie Punyer :D
©heArie Punyer :D
©heArie Punyer :D
©heArie Punyer :D

ok.. disebabkan sekolah kami agak kecil, maka tak banyak tempat yang boleh kitorang buat planking.. agak mengecewakan la juga..
tapi kitorang tetap enjoy waktu tue.. :D

Sunday, June 19, 2011

Riadah.......

52th...




ok.. hari ini aku tak main sangat disebabkan aku datang lambat..
plus aku pakai selipar jer... -.-
jadi aku decide nak buat movie je hari ini mengunakan new born baby aku berduet dengan
lens sir shariman iaitu 35mm 1.8G..

enjoy.. make sure u guys watch in HD.. [klik sini]
baru cool..:D
51th...

Photobucket



Friday, June 17, 2011

Dunia Digital dan Dunia Realiti...

50th..

Dunia digital adalah dimana terdapat dimensi yang di penuhi dengan data-data yang berjuta-juta digit dan bahagian.. Secara mudahnya, ia adalah dunia komputer.. Zaman sekarang, siapa yang tidak mempunyai memory di dunia digital.. bukan? Contohnya, gambar2 lama, video2 dan juga lagu yang mungkin dari zaman batu lagi.. hahaha..

Apa yang aku nak cuba sampaikan disini, dunia realiti dan digital bagai kian memerlukan antara satu sama yang lain.. Kalau aku, aku pasti tak boleh hidup kalau Hard Disc aku hilang.. Kerana semua hidup aku terdapat dalam Hard Disc tue.. Sesuatu harta peribadi yang sangat berharga milik aku..

Sebenarnya aku tulis post ini sebab aku nak ceritakan serba sedikit tentang exHDD atau external Hard Disc Drive.. Bende alah ini baru aku sedar tersangat-lah penting semenjak aku mula terlibat dalam bidang photography dan pc aku dahulu kerap di format..

exHDD adalah HDD yang sama terdapat dalam pc atau laptop.. cuma ia berada diluar.. Interface yang selalu digunakan adalah USB 2.0.. tetapi sekarang terdapat interface yang lebih laju iaitu USB 3.0 dan juga eSATA.. capacity exHDD kian meningkat dan harga-nya makin murah..

Disini aku boleh kaitkan antara digital dan realiti.. Apabila nilai wang makin tinggi maka kos sara hidup juga turut meningkat.. Begitu juga digital, harga HDD ber-kapasiti besar kian murah, tetapi saiz memory digital sekarang makin besar.. Contohnya, dengan kehadiran video HD, ia memakan saiz yang banyak..

hurmmm... aku sanggup bunuh diri kalau exHDD aku hilang..:P
maaf sebab post kali nie panjang.. aku tahu tak akan ada sesiapa yang akan bace post nie, sebab panjang sangat.. aku tulis post nie sementara nak menunggu file ber saiz 360GB habis transfer.. tambah lagi, aku tengah mencuba untuk menulis post dengan menggunakan BMT.. apa tue? Bontot Melayu Terakhir? LioL.. :P

hahaha..

BMT = Bahasa Melayu Tinggi.. :D

sekian.. Assalammualaikum.. Jage Diri semua... :{D

Tuesday, June 14, 2011

Mohd Nazri

49th....

hmm.... aku mulakan dengan Assalammualaikum kepada pembaca yang beragama Islam..
dan salam sejahtera kepada yang bukan beragama Islam..

aku tak ada benda yang nak di ceritakan hari ini. Cuma aku nak menulis.. Dan sudah pasti aku tidak tahu apa yang patut aku tulis.. Mungkin selepas membaca blog milik Shah , Adlan dan Zahirah yang cukup berbakat dalam bidang penulisan membuatkan aku bersemangat untuk menaip blog pada malam ini..:D

Hidup?

Alhamdulillah.. aku rasa aku bahagia sekarang.. Masalah semakin berkurang.. atau mungkin aku yang pandai mengendalikan masalah itu.. entah la..

Pelajaran?

apa patut aku cakap ? hahaha... keputusan peperiksaan pertengahan tahun yang teruk.. mungkin aku patut ucapkan tahniah kepada diri sendiri kerana telah berjaya menunjukkan kebodohan diri yang telah lama terpendam.. sehingga mendapat amaran jangan pegang camera mulai hari ini oleh Teacher Shantini.. :D tahniah Nazri, tahniah!


ok.. aku bukan malas nak update.. cuma aku malas nak edit.. plus.. space dekat pc aku semakin berkurangan.. nak pergi Lowyat tak pergi2 lagi... haish..
lagi pon tidak ada siapa pon yang perasan... atau mungkin tidak ada seorang pon yang betul2 menunggu aku update 365 tue.. hahaha... (ok maybe seorang.. mana lah tahu.. aku gak jer.. :P )



ok.. aku mungkin tidak dilahirkan untuk pandai berbicara mahupun menulis..
tapi.. sekurang-kurangnya aku mampu mengeluarkan apa yang aku rasa dalam bentuk tulisan..
haha.. ok.. tak penting.. :D

Wednesday, May 25, 2011

Membeli Bayi..

#48..

©heArie Punyer :D

new baby...:D
DSLR ke-3 aku...
DAh! aku tahu kau fikir ape... kau mesti fikir yang aku nie anak emak la... keluarga aku mesti kaye.. mintak pape semua dapat......

tolong siket eh! sumpah aku beli ini duit aku... lain la kau mak beli kan... hahaha... and aku dengan parent aku memang xrapat..

kumpul duit selama setahun + duit jual laptop... hurmm... untuk maju kehadapan, banyak pengorbanan harus kite buat.. laptop xde sumpah susah.. hahaha...

teke la camera ape tue..:P
owh ya... aku beli body jer (rm2k)... lens tue pinjam... hahaha...
sampai sekarang parent aku xtau lagi pasal bende alah nie..
klau dorang tau naya aku..:P
k la... thnx bace blog aku..:D
serius bank + tabung aku kering..-.-
tambah lagi tahun depan dah tak dapat duit belanje...hurm.. hahaha...

Saturday, May 21, 2011

cara-caranya... :)

47th..:D

ok.. post ni aku nak tunjuk cara nak komen 365 aku guna acc FB korang..:D

mule pergi dekat che365arie .. :D
pilih post yang korang nak komen..
©heArie Punyer :D
contoh no #123..
then tekan dekat bawah itu..

pastu akan muncul yang ini..
tekan login..
©heArie Punyer :D

pilih facebook dan tekan sign in with facebook..
©heArie Punyer :D

pastu tekan Allow..
©heArie Punyer :D

selepas itu tulis la komentar anda...hahahaha...

selekeh!!! :P

updated! ;;
owh ya... jangan lupa tekan
"Subscribe by email"
untuk tahu aku sudah balas comment korang..
terima kasih..:D

Popular Posts

Search This Blog