Tuesday, June 14, 2011

Mohd Nazri

49th....

hmm.... aku mulakan dengan Assalammualaikum kepada pembaca yang beragama Islam..
dan salam sejahtera kepada yang bukan beragama Islam..

aku tak ada benda yang nak di ceritakan hari ini. Cuma aku nak menulis.. Dan sudah pasti aku tidak tahu apa yang patut aku tulis.. Mungkin selepas membaca blog milik Shah , Adlan dan Zahirah yang cukup berbakat dalam bidang penulisan membuatkan aku bersemangat untuk menaip blog pada malam ini..:D

Hidup?

Alhamdulillah.. aku rasa aku bahagia sekarang.. Masalah semakin berkurang.. atau mungkin aku yang pandai mengendalikan masalah itu.. entah la..

Pelajaran?

apa patut aku cakap ? hahaha... keputusan peperiksaan pertengahan tahun yang teruk.. mungkin aku patut ucapkan tahniah kepada diri sendiri kerana telah berjaya menunjukkan kebodohan diri yang telah lama terpendam.. sehingga mendapat amaran jangan pegang camera mulai hari ini oleh Teacher Shantini.. :D tahniah Nazri, tahniah!


ok.. aku bukan malas nak update.. cuma aku malas nak edit.. plus.. space dekat pc aku semakin berkurangan.. nak pergi Lowyat tak pergi2 lagi... haish..
lagi pon tidak ada siapa pon yang perasan... atau mungkin tidak ada seorang pon yang betul2 menunggu aku update 365 tue.. hahaha... (ok maybe seorang.. mana lah tahu.. aku gak jer.. :P )



ok.. aku mungkin tidak dilahirkan untuk pandai berbicara mahupun menulis..
tapi.. sekurang-kurangnya aku mampu mengeluarkan apa yang aku rasa dalam bentuk tulisan..
haha.. ok.. tak penting.. :D

No comments:

Popular Posts

Search This Blog